CORAT-CORET TERBARU...

.
Dah lama betul blog ni tak di update. Biasalah dah jadi resam semua ahli kelab ni yang memang lebih banyak buat kerja dari bercakap. Jadi banyak pertanyaan diterima berkenaan gym Bandar Tun Razak sudah lebih 8 bulan beroperasi. Ahli makin lama makin ramai. Jadi kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal kelas disana boleh mesej dlm Facebook kelab. Syabas kepada Cikgu Fauzi dan rakan-rakan...




Pihak kelab juga nak ucapkan tahniah pada salah sorang orang kuat kelab...Encik Mat Akhir setelah berjaya mengakhiri zaman bujangnya pada 7 Oktober lalu. Semoga berbahagia keanak cucu. Tahniah jugak sebab dah berjaya menurunkan berat badannya...;)




Tak lupa jugak ucapan selamat hari lahir pada Puan Hayati Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Iti pada 7 Oktober lepas. Beliau dan Datuk YTL adalah antara pemimpin masyarakat disegani di Wangsa Maju ni. Atas sokongan mereka berdualah maka gym kami berjaya didirikan. InsyaAllah kami tetap ingat nasihat beliau supaya tidak bersikap sombong dan tak reti nak berterima kasih bila sudah diberi peluang dan berjaya. 




cadangan ditutup!

SELAMAT DATANG RAMADAN...

.
Pada Sabtu lepas (14 Julai), pihak gym menganjurkan majlis tahlil dan bacaan yasin bersempena menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelma, dan jugak mendoakan kejayaan beberapa nak muay kelab yang bakal bertanding dalam kejohanan  besar akan datang. Ramai geng kelab dari gym Setapak, Bandar Tun Razak dan Klang yang hadir. Sesuai dengan gym kami yang berkonsepkan komuniti...penduduk sekitar juga dijemput hadir dimajlis ini.

Syukur Alhamdulillah walaupun tanggungjawab kelab/gym ini untuk melatih bintang berbakat....tanggungjawab pada yang Maha Esa juga tetap tidak diketepikan. Semoga lebih banyak kejayaan akan dinikmati oleh semua yang terlibat dimasa akan datang !


Majlis tahlil dan bacaan yasin dalam dewan mesyuarat gym

Penduduk tempatan jugak diraikan...

Encik Yun Rzali...seorang yang segak, hidung mancung serta hobinya- tak suka bercakap kosong dalam Facebook !

Bapa angkat kami...Datuk YTL jugak hadir memberikan penajaan wang tunai RM600 untuk setiap nak muay yang akan bertanding.

Keluarga kami....sori tak tmasuk dalam pic ni




AKTIVITI BULAN INI...

.
Hampir setiap bulan kelab terima undangan menyertai kejohanan tomoi dan show muay boran untuk geng-geng hardcore kelab yang bsemangat tinggi. Terbaru dua orang nak muay kelab kita menyertai kejohanan muay thai di Penang dan di Kedah dan beberapa kejohanan yang akan menyusul sebelum bulan Ramadan nanti. Trima kasih pada promoter2 terbesar dan berprestij yang sudi beri kpercayaan dan peluang kepada kelab kecil seperti kami!

Antara muka2 baru yang berpotensi tinggi utk diketengahkan

latihan wajib lepas jogging...semua tumbuk punching bag. 

Lan Apong game di penang (Mei 2012)

Akim Boran dan Lan Apong bertanding di Baling (23/6/2012)

Psembahan boran di tmn melati gombak.

Bapa angkat kami...Datuk YTL yg sudi turun dan banyak bagi sokongan moral dan material kepada segala usaha kami. ..

Mintak kerjasama kpd semua kawan2 tolong add gambar plawanan dan show boran kita kan dalam facebook kelab utk dkongsi bersama...pihak admin skarang bz ckit...



DIMANA LOKASI KAMI...


Ramai yang bertanya dimana lokasi gym. Jadi pic dibawah menunjukkan gym dimana muay boran berada. Yang pasti kami berada sekitar di lembah klang. Sebarang info lanjut boleh hubungi talian 03-92746477 atau facebook kelab (Muay Boran KawanBoxx). 


Gym di Setapak

Gym di Bandar Tun Razak

Gym di Kpg. Kuantan, Bandar Klang

Kerja baikpulih di gym bandar klang dah hampir siap dan khabarnya akan memulakan private class utk abang2 guard dari jalan kebun klang tak lama lagi.

Pihak kelab juga mengucapkan selamat maju jaya kepada nak muay kelab yang bakal bertanding dalam kejohanan tomoi di kedah minggu depan...!

SHOW TERBARU KAMI...

.
Projek kelab minggu ini- demo muay boran dan muay thai atas jemputan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk Program Kehidupan Murni di Cheras. Dah lama kami tak turun padang buat show. Terima kasih kat orang2 Cheras kerana minat dan sambutan luar biasa yang diberi!

Catatan
Tarikh: 15 April 2012
Masa: 11 pagi
Lokasi: Taman Maluri, Cheras



Sori gambar tak clear

Memperkenalkan- anak buah Tony Jaa terbaru keluaran kami- Khalid Zikri dan Aliff Sazi...mmg stylo!

Ternganga bbudak sebelah tu tengok brader Bad dan brader Nizam (Danau Muaythai Club) buat demo sepak pao

MAJLIS SELESAI...

.
Alhamdulillah program Perkhemahan Seminar Muay Thai 1 yang dirancangkan telah berjaya berlangsung. Pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kelab cawangan KL, Cheras dan Klang, Pusat Khidmat Datuk YTL, wakil NGO, Jabatan Perpaduan Negara dan Balai Polis Setapak yang memberi sokongan padu. Walaupun tidak mengenakan sebarang yuran ke atas peserta, pihak kelab telah menerima banyak maklumbalas positif, ramai yang minta supaya kem ini dijalankan lebih 2 hari supaya lebih banyak aktiviti dapat dijalankan- InsyaAllah cadangan tersebut akan dipertimbangkan.

Banyak aktiviti berkaitan jasmani dan rohani berjaya dijalankan dalam perkhemahan 2 hari ini. InsyaAllah format seminar muay thai melalui perkhemahan yang diadakan buat julung kalinya ini akan ditambah baik dan diteruskan dimasa akan datang.

Catatan:
Tarikh:          24 & 25 Mac
Masa:           3 ptg - 12 mlm (Sabtu) dan 6 pg - 3 ptg (Ahad)
Lokasi:         Taman Setapak A

Majlis disempurnakan oleh Datuk YTL dan diacarakan oleh Sdr. Syafiq dari Hot.FM. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Setapak, Sarjan Mejar Syed dan Puan Haslinda dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 
Sesi pendaftaran dibuka peserta tepat jam 2 petang
 
Pemasangan khemah untuk peserta yang bakal bermalam di gym
Setiap peserta perkhemahan menerima sumbangan dari pihak Jabatan Perpaduan Negara, Pemadam dan Prostar
 
Antara barisan peserta kalangan ahli NGO sekitar Wangsa Maju



Aktiviti sebelah malam...sesi latihan dalam kumpulan dan suaikenal tentang muay thai dan isu remaja
 
Seminar dikendalikan oleh Kru Bua Palangpet dari Boxx Warrior Subang, dan jurulatih dari Taylors Muay Thai Club

Pijak jangan tak pijak...

Datuk YTL menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Puan Haslinda



TENGAH BUAT PERSIAPAN...

 .
Hari event dah tinggal seminggu lagi dari sekarang. Semua ahli sibuk buat persiapan bagi perkhemahan muay thai 2 hari percuma- pertama seumpamanya di Lembah Kelang. Pihak kelab pun dah terima kembali banyak borang penyertaan sejak minggu lepas. Tapi untuk program pertama ni, pihak kelab akan menghadkan penyertaan sebab ramai yang nak join terutamanya daripada pihak NGO. InsyaAllah masa akan datang kami akan anjurkan lagi...

Catatan:
Hari      : Ahad
Tarikh   : 18 Mac 2012
Lokasi  : Taman Setapak A, Setapak

Inilah saiz sebenar gym sekitar 0.5 ekar. Muat untuk anjur pelbagai aktiviti dimasa akan datang termasuklah menambah saiz gym. Kat blakang tu ada kebun pisang, pinang dan tebu sesuai untuk latihan sepak pokok. Gym stail kampung dalam bandar! Disinilah tempat semua peserta akan berkhemah nanti.

Brader Nizam Zam dari DMC sedang buat wiring atas ring..

Brader Kelang Chapter tengah tambah saiz bilik air dan tandas


Antara barang keluaran syarikat Fraser & Neave (F&N) yang telah diterima. Terima Kasih- En Akhbar


Baju rasmi kelab di sponsor oleh Datuk Yew Teong Look- Pejabat Barisan Nasional Wangsa Maju. Terima kasih Datuk YTL...!!


PELANCARAN GYM DAN SEMINAR MUAY THAI

.
Seperti yang dah dimaklumkan di dalam Facebook, Kelab Muay Boran KawanBoxx bakal menganjurkan acara perasmian gym komuniti di Setapak, sekaligus melancarkan Perkhemahan Seminar Muay Thai pada:

Tarikh: 24 dan 25 Mac
Masa: 7 pagi - 12 malam
Lokasi: Taman Setapak A, Setapak

Yang menarik dan seumpamanya di negara ini, seminar muay thai yang dianjurkan ini dijalankan secara bermalam dan aktiviti berkhemah, selain penyertaan dikhususkan kepada NGO dan komuniti yang mempunyai '0' atau sedikit pendedahan terhadap seni muay thai. Kem ini jugak akan dikendalikan oleh beberapa jurulatih/ fighter muay thai terkenal Malaysia dan Thailand. Yuran penyertaan untuk seminar, makan dan pelbagai aktiviti dalam kem 2 hari ni pulak adalah sebanyak RM0.00 (Free jer)!




Gym gaya kampung di tengah-tengah bandar

Terima kasih kepada pihak DBKL, Pemadam, Kelab Prostar, Jiran Muda, Rukun Tetangga, Pejabat Barisan Nasional Wangsa Maju dan pelbagai lagi yang menyokong usaha kami ini. Kepada peserta yang sudah mendaftar, anda perlu menyerahkan butir2 diri anda untuk tujuan pendaftaran dan jugak insurans. Rugi mana nak dapat join kursus tomoi free mcm ni...!!!

ke Tempat kami

Lihat KRT TMN. SETAPAK A - KELAB MUAY BORAN KAWANBOXX dalam peta yang lebih besar

HAPPY NEW YEAR...!!!!

.
Pejam celik...tahun 2012 ni dah genap 3 tahun Kelab Muay Boran KawanBoxx dilahirkan. Banyak aktiviti bakal diadakan tahun ni. Untuk makluman...gym kelab kita di Setiawangsa secara rasmi berpindah ke gym terbaharu di Setapak. Alhamdulillah...setelah lama berusaha dan berdoa...akhirnya dapat jugak kita memiliki gym sendiri serba lengkap dan dibina di tapak yang strategik. Terima kasih kepada geng Silat Gayung Fatani Setiawangsa dan peminat boran yang sudi bekerjasama sehingga kami dapat hidup berdikari seperti sekarang.

Untuk makluman semua, gym kita di Klang dibawah kawalselia oleh Aris (Facebook dia nama Kelang Chapter) skarng dalam proses pembaikan disebabkan masalah tanah becak dan banjir kebelakangan ini. Jadi jadual latihan terpaksa disusun semula dan penyertaan terpaksa dihadkan buat sementara. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Cheras (Bandar Tun Razak), kelas boran juga diadakan di gym terbaru dibawah kawalseliaan Abg. Fauzi Abu Bakar. Sebarang makluman boleh call hotline 03-92746477.






Kelab jugak nak ucapkan tahniah kepada geng tomoi kat Danau Kota atas kejayaan menubuhkan Danau Muay Thai Club (DMC). Sok kalau gym korang dah siap jgn lupa ajak kitorang training skali. Semoga kewujudan lebih banyak kelab2 muay di KL ni bakal menggalakkan aktiviti sihat untuk semua!

Kerol Chaiya sudah kembali!!


Siapa dia Khayrol Chaiya? Sdr. Khayrol atau lebih lebih dikenali sebagai Khayrol Chaiya telah mempelajari seni Muay Boran aliran Chaiya melalui dari bapanya yang pernah menjadi tenaga pengajar seni muay chaiya ini dari kem muay chaiya terkemuka- Srichaiyawanarat di Thailand. Beliau telah mengambil iniasiatif untuk mengembangkan lagi seni ini di Kuala Lumpur atas permintaan dari rakan-rakan beliau sendiri dek kerana ilmu ini sangat sukar di temui di Malaysia.

Para penuntut ilmu muay chaiya sgt beruntung kerana setiap hari Sabtu...Sdr. Khayrol Chaiya sanggup turun dari jauh semata-mata mencurahkan ilmu yg sgt ditagih khususnya peminat seni ini...jelas semua pelatih sangat tekun menghayati ilmu yg diturunkan kepada mereka...biarpun sedikit  ilmu yang dikongsi disebabkan waktu yang terhad tapi masing-masing memegang dengan 'kejab' ilmu yang diperolehi. InsyaAllah, Sdr. Khayrol akan kembali lagi ke gym Setapak setiap Sabtu untuk berkongsi ilmu yg ada tanpa meminta sesen pun dari peminat seni muay chaiya tercinta ini...tbaik bro..teruskan usaha anda...