Kerol Chaiya sudah kembali!!


Siapa dia Khayrol Chaiya? Sdr. Khayrol atau lebih lebih dikenali sebagai Khayrol Chaiya telah mempelajari seni Muay Boran aliran Chaiya melalui dari bapanya yang pernah menjadi tenaga pengajar seni muay chaiya ini dari kem muay chaiya terkemuka- Srichaiyawanarat di Thailand. Beliau telah mengambil iniasiatif untuk mengembangkan lagi seni ini di Kuala Lumpur atas permintaan dari rakan-rakan beliau sendiri dek kerana ilmu ini sangat sukar di temui di Malaysia.

Para penuntut ilmu muay chaiya sgt beruntung kerana setiap hari Sabtu...Sdr. Khayrol Chaiya sanggup turun dari jauh semata-mata mencurahkan ilmu yg sgt ditagih khususnya peminat seni ini...jelas semua pelatih sangat tekun menghayati ilmu yg diturunkan kepada mereka...biarpun sedikit  ilmu yang dikongsi disebabkan waktu yang terhad tapi masing-masing memegang dengan 'kejab' ilmu yang diperolehi. InsyaAllah, Sdr. Khayrol akan kembali lagi ke gym Setapak setiap Sabtu untuk berkongsi ilmu yg ada tanpa meminta sesen pun dari peminat seni muay chaiya tercinta ini...tbaik bro..teruskan usaha anda...

No comments: