KELAB MUAY BORAN KAWANBOXX
Kelab Muay Boran Kawanboxx merupakan sebuah kelab yang mengumpulkan peminat-peminat di malaysia yang meminati seni purba tinju siam atau lebih di kenali sebagai muay boran di negara asalnya Thailand. Pada asalnya kelab ini dikenali sebagai Kelab Sri Chaiya yang telah di tubuhkan pada September 2009,.Kelab Muay Boran KawanBoxx ini di tubuhkan hasil usahasama dan gabungan Kelab Sri Chaiya dan Boxxtomoi yang mempunyai Kelab Kawanboxx iaitu antara sebuah kelab peminat-peminat muay thai di Malaysia.Hasil usahama gabungan tersebut maka lahirlah sebuah kelab yang di kenali sebagai Kelab Muay Boran KawanBoxx.
Waktu/Tapak Latihan Kelas Sri Chaiya
Kelas atau tapak latihan utama di adakan pada setiap sabtu malam minggu di kawasan terbuka(tidak berbumbung) bertempat di Padang Taman Tasik Titiwangsa berhampiran dengan tempat permainan kereta mini kawalan jauh dan Restoren nelayan.Kelas di adakan secara percuma.
Tenaga Pengajar
Nama : Khayrul
Saudara Khayrul atau lebih lebih dikenali sebagai Khayrul Chaiya telah mempelajari seni Muay Boran aliran Chaiya melalui dari bapanya yang pernah mempelajarai seni muay chaiya ini dari kem Muay Chaiya Srichaiyawanarat di Thailand,saudara khayrul chaiya telah mengambil iniasiatif untuk mengembangkan lagi seni ini di Kuala Lumpur atas permintaan dari rakan-rakan beliau sendiri dek kerana ilmu ini sangat sukar di temui di Malaysia.
Latihan Sri Chaiya
Kelas Sri Chaiya lebih banyak mengajar teknik-teknik asas muay boran dari aliran Muay Chaiya dan sedikit dari teknik-teknik muay boran yang lain.Teknik-teknik Muay Chaiya juga ada digunakan oleh aktor aksi terkenal dari Thailand Tony Jaa didalam filem-filem nya seperti Ongbak danTom Yung Gong.Teknik-teknik Muay Chaiya banyak menitik beratkan kecepakapan dan kepantasan bah kan terdapat banyak teknik-teknik panjat ,kuncian dan lipatan juga boleh mematah serangan.Teknik-teknik muay chaiya juga sesuai untuk wanita dan kanak-kanak dan semua lapisan peringkat umur kerana teknik-teknik mematahkan serangan Muay Chaiya tidak terlalu banyak menggunakan tenaga yang terlalu banyak untuk mematah kan serangan dan mempunyai pelbagai jenis teknik2 kuncian.
Lain-lain
Dalam langkah untuk memperkenalkan atau mempromosikan seni tinju purba siam ini,Kelab Muay Boran KawanBoxx telah membuat beberapa persembahan di beberapa tempat atau majlis,setakat ini kelab muay boran KawanBoxx telah membuat persembahan di beberapa majlis besar seperti jemputan dari TM sempena kejohanan Bola Sepak Peringkat Akhir Piala FA di stadium Bukit Jalil,persembahan bersama Everlast sempena "100 tahun everlast" dan di bebrapa majlis-majlis yang lain di sekitar malaysia.
Cawangan Kelab Muay Boran KawanBoxx
Tempat Latihan Waktu Latihan
- Titiwangsa 9.00 pm (Sabtu)
- Klang (berkonsepkan tradisional) (Dalam Proses)
- Setiawangsa ( Berkonsepkan Studio) (Dalam Proses)
Untuk maklumat lanjut boleh di emailkan kepada :
- muayboran66@gmail.com
- nuar_16@yahoo.com
atau boleh hubungi terus ke 03-92746477
10 comments:
ellow bang sy berminat nak join muay boran..
sy dah try contak abng tpi x terjawab..
bole call balik 012-6666304 utk ptanyaan!
salam... bang kami di utara (perak)rmai yang meminati muay boran tp kami tiada tenaga pengajar... saya cadangkan abang membuka gelanggang di sini...
(sitiawan,perak)
salam...bang kami di utara perak ramai yang meminati muay boran tapi kami tiada tenaga pengajar saya cadang abg membuka gelanggang di sini...
assalamualikum bang...saya dari alor setar,kedah meminati muay boran...tp di area sni saya x pasti ada ke x glanggang muay boran..saya harap abang dapat membuka gelanggang di area alor setar,kedah...
bro...tempat latihan dekat setiawangsa bila akan buka?...berminat ni...
Kat klantan x de gelanggang ke?sy minat sngat muay thai ni,,
kat klantan ade x gelanggang muay born?kalau ad call no ni 0139098015
sy beminat ngn muay thai ni . tp sy xthu mcm mne nk mnyertai kelab muay thai . sy terngin nk mmpelajari seni ini . boleh tolong sy mcm mne nk join kelab muay thai di kelantan ?
kat shah alam ade ke muay boran??saya betul betul minat muay boran ,tpi saya mampu belajar di youtube saja...
Post a Comment