SELAMAT DATANG RAMADAN...

.
Pada Sabtu lepas (14 Julai), pihak gym menganjurkan majlis tahlil dan bacaan yasin bersempena menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelma, dan jugak mendoakan kejayaan beberapa nak muay kelab yang bakal bertanding dalam kejohanan  besar akan datang. Ramai geng kelab dari gym Setapak, Bandar Tun Razak dan Klang yang hadir. Sesuai dengan gym kami yang berkonsepkan komuniti...penduduk sekitar juga dijemput hadir dimajlis ini.

Syukur Alhamdulillah walaupun tanggungjawab kelab/gym ini untuk melatih bintang berbakat....tanggungjawab pada yang Maha Esa juga tetap tidak diketepikan. Semoga lebih banyak kejayaan akan dinikmati oleh semua yang terlibat dimasa akan datang !


Majlis tahlil dan bacaan yasin dalam dewan mesyuarat gym

Penduduk tempatan jugak diraikan...

Encik Yun Rzali...seorang yang segak, hidung mancung serta hobinya- tak suka bercakap kosong dalam Facebook !

Bapa angkat kami...Datuk YTL jugak hadir memberikan penajaan wang tunai RM600 untuk setiap nak muay yang akan bertanding.

Keluarga kami....sori tak tmasuk dalam pic ni




No comments: