.
Alhamdulillah program Perkhemahan Seminar Muay Thai 1 yang dirancangkan telah berjaya berlangsung. Pihak kelab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kelab cawangan KL, Cheras dan Klang, Pusat Khidmat Datuk YTL, wakil NGO, Jabatan Perpaduan Negara dan Balai Polis Setapak yang memberi sokongan padu. Walaupun tidak mengenakan sebarang yuran ke atas peserta, pihak kelab telah menerima banyak maklumbalas positif, ramai yang minta supaya kem ini dijalankan lebih 2 hari supaya lebih banyak aktiviti dapat dijalankan- InsyaAllah cadangan tersebut akan dipertimbangkan.
Banyak aktiviti berkaitan jasmani dan rohani berjaya dijalankan dalam perkhemahan 2 hari ini. InsyaAllah format seminar muay thai melalui perkhemahan yang diadakan buat julung kalinya ini akan ditambah baik dan diteruskan dimasa akan datang.
Catatan:
Tarikh: 24 & 25 Mac
Masa: 3 ptg - 12 mlm (Sabtu) dan 6 pg - 3 ptg (Ahad)
Lokasi: Taman Setapak A
 |
Majlis disempurnakan oleh Datuk YTL dan diacarakan oleh Sdr. Syafiq dari Hot.FM. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Setapak, Sarjan Mejar Syed dan Puan Haslinda dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional |
 |
Sesi pendaftaran dibuka peserta tepat jam 2 petang |
 |
Pemasangan khemah untuk peserta yang bakal bermalam di gym |
 |
Setiap peserta perkhemahan menerima sumbangan dari pihak Jabatan Perpaduan Negara, Pemadam dan Prostar |
 |
Antara barisan peserta kalangan ahli NGO sekitar Wangsa Maju |
|
|
|
 |
Aktiviti sebelah malam...sesi latihan dalam kumpulan dan suaikenal tentang muay thai dan isu remaja |
 |
Seminar dikendalikan oleh Kru Bua Palangpet dari Boxx Warrior Subang, dan jurulatih dari Taylors Muay Thai Club |
 |
Pijak jangan tak pijak... |
 |
Datuk YTL menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Puan Haslinda
|
No comments:
Post a Comment