TENGAH BUAT PERSIAPAN...

 .
Hari event dah tinggal seminggu lagi dari sekarang. Semua ahli sibuk buat persiapan bagi perkhemahan muay thai 2 hari percuma- pertama seumpamanya di Lembah Kelang. Pihak kelab pun dah terima kembali banyak borang penyertaan sejak minggu lepas. Tapi untuk program pertama ni, pihak kelab akan menghadkan penyertaan sebab ramai yang nak join terutamanya daripada pihak NGO. InsyaAllah masa akan datang kami akan anjurkan lagi...

Catatan:
Hari      : Ahad
Tarikh   : 18 Mac 2012
Lokasi  : Taman Setapak A, Setapak

Inilah saiz sebenar gym sekitar 0.5 ekar. Muat untuk anjur pelbagai aktiviti dimasa akan datang termasuklah menambah saiz gym. Kat blakang tu ada kebun pisang, pinang dan tebu sesuai untuk latihan sepak pokok. Gym stail kampung dalam bandar! Disinilah tempat semua peserta akan berkhemah nanti.

Brader Nizam Zam dari DMC sedang buat wiring atas ring..

Brader Kelang Chapter tengah tambah saiz bilik air dan tandas


Antara barang keluaran syarikat Fraser & Neave (F&N) yang telah diterima. Terima Kasih- En Akhbar


Baju rasmi kelab di sponsor oleh Datuk Yew Teong Look- Pejabat Barisan Nasional Wangsa Maju. Terima kasih Datuk YTL...!!


1 comment:

anuar boran said...

siapa lah yg rembat air tu..