SOALAN-SOALAN YANG KERAP DITANYA...

Walaupun baru setahun dilancarkan, jumlah pengunjung blog ini telah mencecah lebih 15 ribu. Semakin hari semakin banyak pertanyaan yang diterima dari dalam dan luar negara. Jadi, ini ada beberapa soalan banyak kali ditanya peminat muay boran melalui saluran infoline kami- telefon, blog, emel dan Facebook.

1. Kenapa yuran yang dikenakan lebih murah berbanding gym yang lain?
Walaupun operasi kelab dan gym menggunakan pendekatan pengurusan korporat, tapi kami adalah organisasi bukan bermotif keuntungan. Matlamat kami cuma nak kongsi sama-sama ilmu dengan peminat muay boran yang masih baru di Malaysia. Sebab itu kami menawarkan yuran yang sangat menarik kepada semua pihak.

2. Usia saya dah 53 tahun. Boleh saya join training ka?
Tiada masalah. Cuma kami perlu pelatih menjelaskan latar belakang kesihatan mereka. Pelatih perlu memberitahu sekiranya mereka ada masalah berkaitan kardiovaskular (jantung dan tekanan darah), respiratori (pernafasan). Modul yang disediakan bersesuaian dengan kemampuan pelatih.


3. Kalau belajar muay boran boleh naik ring ka?
Maaf. Matlamat latihan muay boran/ muay chaiya adalah untuk seni persembahan dan tujuan khusus. Tambahan lagi seni muay boran memerlukan latihan lebih lasak berbanding muay thai. Sebab itu seni muay boran tidak sesuai untuk bersaing dengan seni muay thai.


4. Apa pandangan tuan tentang belajar martial arts dari Youtube?
Tiada masalah. Sistem pembelajaran datang dalam pelbagai bentuk termasuk secara konvensional dan interaktif. Nak berguru tak semestinya memerlukan seorang tok guru. Isunya bukan Youtube dan lain-lain. Jika anda boleh belajar dan membuat sama baik atau lebih baik berbanding belajar melalui tok guru atau saluran interaktif itu, maka secara automatik anda telah menjawab soalan anda sendiri!

5. Muay Boran KawanBoxx tak plan nak buka cawangan luar KL ka?
Fokus Kelab dan gym kami hanya di Lembah Kelang. Ini memudahkan sistem pengurusan kami. Untuk buka cawangan baru perlu usaha yang serius. Bukan setakat gantung punching bag kat sebatang pokok, kemudian claim...kami ada cawangan diserata Malaysia. Sebagai sebuah kelab yang bertanggungjawab, kami akan memastikan proses setiap cawangan yang ditubuhkan menepati spesifikasi asas latihan dan keselamatan yang diperlukan. Sokongan kewangan/aset juga akan disediakan kelab untuk cawangan baru yang dibentuk.

6. Muay Boran KawanBoxx ada kaitan dengan gym Boxx Warrior ka?
Ya. Kelab kami disokong oleh gym muay thai terbesar di Malaysia ini. Ini termasuklah soal pengurusan latihan dan kepakaran. Sebahagian jurulatih kelab kami dilatih secara intensif di gym ini.

7. Apakah latar belakang jurulatih Kelab ini?
Seramai 3 orang jurulatih ada di kelab ini. Mereka pula dibantu oleh pembantu jurulatih yang mengendalikan cawangan masing-masing. Khru Kerol Chaiya berkepakaran mengajar lebih 10 tahun dalam bidang muay chaiya ini dan ia dilatih oleh bapanya yang juga jurulatih di kelab muay chaiya dan muay boran terkemuka di Thailand- Srichaiyawanarat. Manakala Khru Anuar dan Khru Jemain pula dilatih oleh jurulatih bekas juara  dari Lumpinee- Arjan Q Eikkasit dan Arjan Pak Da (Boxx Warrior Kulim) selain guru tomoi mereka, Khru Afrinas Rudy. Mereka juga berpengalaman naik ring sebelum ini.

Kami sentiasa menerima dan menjawab semua pertanyaan anda. Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberi...!

3 comments:

Kisah aLiFF!!! said...

kelab nie ada tak bahagian shah alam atau klang,, sy berminat lah nk join

Kisah aLiFF!!! said...

kelab nie ada tak bahagian shah alam atau klang,, sy berminat lah nk join

Unknown said...

Kelab ni ada lagi tak dekat Kulim