PRODUK PERTAMA, PENGALAMAN PERTAMA...


Ada yang bertanya apakah pencapaian Muay Boran Kawanboxx selepas setahun kewujudannya? Selepas kejayaan pelopornya yang semakin dikenali ramai- Anuar dan Jemain (kini bergelar Ketua Jurulatih) dan penubuhan 3 cawangan baru...ramai pelapis baru berjaya dilahirkan. Terbaru, pasangan Haziq dan Angah (16 tahun) dari cawangan Klang membuat show sulung semasa kenduri dirumah Anuar baru-baru ini.


Khru Kerol Chaiya memberikan penerangan sebelum memulakan persembahan.

Sesi wai khru 'mendayung sampan'
Aksi diberi nama 'Climb a Mystical Mountain'...panjat..jangan tak panjat!



Ambik kau...tergamam pengantin..!
Antara aksi paling mencabar...
Jangan lakukan ini pada tok guru anda...nanti jadi anak murid derhaka plak!


Kisah pengalaman Angah dan Haziq ini pasti akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan sekolahnya untuk menjadi sehebat mereka berdua. Lepas show haritu khabarnya mereka berdua sudah mula menerima beberapa undangan persembahan majlis rasmi yang lain. Itulah kejayaan dan sumbangan kami dipihak Muay Boran Kawanboxx membantu membina karektor dan keyakinan diri. Apa-apa pun..sesapa yang nak berboran sama jomla datang training kat cawangan kami...!


2 comments:

Anonymous said...

berapa harga untuk show? kalau murah saya nak booking...

Mr.Boran66 said...

tak mahai...harga boleh dirunding...leh emel/contact infoline kami yer...hehehe