![]() |
Sesudah diphotoshopkan |
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi maklumat dengan semua peminat seni kuno dari Thailand ini. Aksi yang diberi ciptaan nama KLFC ni dipersembahkan oleh Anuar dan juga Jemain. Setelah diteliti, Penasihat Kelab iaitu En. Musaddik (Mr. Boxxtomoi) bercadang gambar ini diangkat menjadi logo rasmi baru. Jadi, hasil penggabungan antara Kelab Sri Chaiya dan kelab peminat tomoi-KawanBoxx, maka lahirlah Kelab Muay Boran Kawanboxx- sebuah kelab berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan bernaung dibawah Persatuan Tomoi Negeri Kedah. Fasa pertama ni, tiga cawangan sekitar Lembah Klang telah beroperasi sejak bulan Mei lagi. Fasa kedua pula akan bermula menjelang Januari depan.
![]() |
Gambar sebenar...jangan lakukannya dirumah!...nak blaja meh join kami. |
Jadi untuk makluman semua, logo yang terhasil ini adalah tulen...asli..dihasilkan dikalangan kengkawan boran sendiri. Ia diambil ketika penggambaran geng boran bersama akhbar bahasa Inggeris No. 1 di Malaysia...The Star di Tasik Ampang Hilir. Alhamdulillah...hasil usaha publisiti meluas, kelab ini berjaya menemukan ramai pengajar, pelatih dan juga peminat muay boran seluruh negara yang sebelum ini bergerak secara senyap. Uniknya kelab ini, kita bukan organisasi bermotifkan keuntungan tetapi ia hasil sokongan kawan-kawan. Sesuai dengan namanya Muay Boran Kawanboxx. Muay Boran daripada kawan untuk kengkawan...!
4 comments:
yang ambik gambar tu sapa yer memang cantik ler
yer lah...sapa orgnya tuh...gambar cantik ker org yg ambik gambar tu yg cantik?? :)
orang yang dalam gambar yang cantik
hensem tol mamat yang kene pijak tu...
Post a Comment