Seperti yang dijanjikan, kem boran kami di Klang dan Setiawangsa secara rasmi dibuka sejak 1 Oktober lalu. Selepas diumumkan dalam blog dan media massa...malam tu saja seramai 37 orang telah datang dan mengisi borang keahlian utk join training di Klang. Ada yang datang bersama ibu bapa sejauh Banting sampailah ke Meru. Tapi, disebabkan ujan renyai-renyai dan tanah pun becak...ramai yang balik dengan rasa hampa. Pihak Muay Boran Kawanboxx memohon maaf kerana buat masa ini hanya mampu menerima antara 10 hingga 15 orang sahaja untuk satu sesi latihan. Sesi latihan 3 kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan juga Jumaat, jam 9-11 malam.
 |
Wajah dan gaya bersemangat nak muay boran walaupun terpaksa bergasak dalam lumpur |
Malam itu selepas ujan berhenti 45 minit kemudian...sesi latihan dimulakan dengan pengenalan asas muay boran/ muay chaiya dan juga muay thai. Latihan dikendalikan oleh Khru Aris dan dibantu oleh Khru Anuar. Pelatih juga ditekankan tentang perbezaan antara Muay Boran dan Muay Thai kerana masih ramai yang keliru tentang fakta ini. Yang pasti...ramai dah mula 'jatuh cinta' dengan aksi panjat memanjat dan terbang ala-ala Tony Jaa yang dipersembahkan oleh nak muay boran di Klang- Angah dan juga Haziq.
 |
Latihan bermula selepas hujan bersama Khru Aris dan Khru Anuar... |
 |
Angah dan Haziq melakukan demo wai khru muay boran kepada pelatih baru |
 |
Tok guru dan timbalan tok guru sedang berbincang sambil disinari pelita ..(mana nak jmpa lagi dah kem latihan eksotik mcm ni area sini.) |
Ini baru kisah pertama berkenaan kem boran kami. Episod seterusnya di Setiawangsa pula akan menyusul tak lama lagi....
No comments:
Post a Comment