SECARA RASMI...





Pejam celik..dah lama rasanya tak bercerita perkembangan kelab kita ni. Banyak gak cerita pahit manis sejak beberapa bulan ni. Yang terbaru...Kelab Muay Boran KawanBoxx akhirnya secara rasmi telah pun berjaya berdaftar dibawah Kementerian Belia dan Sukan berkuatkuasa Januari 2011. Walaupun kejayaan ini tak memberikan impak yang besar jangkamasa pendek, tetapi sekurang-kurangnya profil, aktiviti dan reputasi kelab sudah mencapai tahap 'mainstream'.



Nak dikongsi cerita, asal penubuhan kelab ni ditubuhkan oleh 3 orang saja dua tahun lepas. Terima kasih atas sokongan Mr Boxxtomoi dan En Zahari (Boxx Warrior) kerana berjaya menghidu bakat dan minat yang kami ada. Setelah dikurniakan rezeki mendapat banyak liputan media massa, sedikit demi sedikit ahli makin bertambah. Seperti biasa, masa itu ada jugak pihak yang memandang rendah usaha kami...fitnah dan cerita buruk yang macam2. Maklumlah training cuma kat tepi tasik! Tapi takpa sebab itu semua menjadikan kami lagi kuat dan bersatu. Dah menjadi resam kami....pejam mata...pekakkan telinga...ketawakan saja....buat kerja. Daripada tepian tasik berembun...akhirnya ke gym konkrit!



Tak kurang juga dengan cawangan kami di Klang. Kalau nak tahu...cawangan boran Klang skarang dah melahirkan 5 'gu' muay boran (aktif) untuk pertunjukkan. Yang orang tak tau jugak, cawangan boran Klang langsung tak mengenakan apa2 yuran training sejak dari mula penubuhannya. Ikhlas kerana Allah. Team boran Klang juga dah bekerjasama dengan kelab dan gym tomoi sekitar Klang seperti M-150, gym tomoi persendirian di Sungai Udang, Banting dan di bandar Klang sendiri!


Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami, jurulatih kami, kengkawan kami dan yang sudi membantu, dan mohon maaf kalau ada yang tersilap. Bezanya kelab/blog ni...ia sebuah kelab komuniti yang tak ada pemilik mahupun berbisnes, apatah lagi untuk mempopularkan diri sendiri. Masing-masing ahli dan pelatih ada fungsi dan sumbangan tersendiri membangunkan kelab.



Yang penting perjuangan kelab kami untuk promote muay boran/chaiya yang dan makin diterima ramai. Kami juga bersifat terbuka sekiranya dapat berkerjasama daripada pihak lain untuk memeriahkan lagi dunia muay boran di negara ini. Tapi kalaulah ditakdirkan muay boran dah 'tak laku' suatu hari nanti...kami redha sebab walaupun ia dah berakhir..kami boleh berbangga kerana kami menjadi yang terawal.
                                            

A Joy of 2011...!
 
                                                              Tahun 2011....tahun baru...fikiran pun kenalah baru!!Tak gitu?

2 comments:

Anonymous said...

terharu....aku bangga dengan kelab ni

adik tony jaa said...

hello...siapa disana?