.
Kata orang...kalau kita nak sentiasa berada di hadapan...kita kena berani buat sesuatu di luar kotak pemikiran (walaupun nampak macam pelik). Jadi pada 11 Disember lepas, team Muay Boran KawanBoxx tampil dengan kreativiti terbaru untuk persembahannya. Kali ini instrumen moden melalui tiupan saksofon cuba disatukan untuk persembahan tradisional
wai kru. Demo
wai kru pula dipersembahkan oleh nama-nama besar dalam dunia sukan muay thai seperti Saiful de Vampire dari Merican MT Gym, dan juga Larithai dari Jerman. Memang ramai pelatih dan peminat boran datang menyaksikan demo kat gym Setiawangsa malam tu.
 |
Jaguh-jaguh handalan saksofon membuat persediaan |
 |
Demo dimulakan oleh Saiful de Vampire dari Merican MT Gym |
 |
Anuar dan Jemain mengambil tempat |
 |
Farang...Larithai dari Jerman juga membuat persembahan |
 |
Yang bestnya di Muay Boran KawanBoxx, selain berlatih bersama, semua ahli bebas untuk bersosial dan berkongsi minat yang sama tanpa paksaan dan tekanan. |
 |
Bahan-bahan untuk training 'senaman mulut' anjuran Hasem dan Kak Ekin |
Kami di Kelab Muay Boran KawanBoxx mengucapkan terima kasih kepada Mr. Boxxtomoi dan rakan-rakan dari KawanBoxx atas sokongan padu yang diberi. InsyaAllah show boran bersama Everlast pada 23 Disember bakal menjanjikan pembaharuan.Terima kasih jugak pada yang sponsor makanan...saudara Hasem, Kak Ekin dan kawan-kawan lain kerana sudi menaja makanan besar-besaran pada malam tu!
1 comment:
penaja roti canai nama tak masuk blog ker kesian dia
Post a Comment