MUAY BORAN KAWANBOXX KINI MENJAJAH KLANG!!!

Langkah bermula...Kelab Muay Boran Kawanboxx kini mara setapak lagi apabila berjaya membuka kem muay boran pertama seumpamanya di Malaysia!! Kawasan pertama yang menjadi sasaran pembangunan kem boran kali ini ialah di  Bandar Klang diketuai oleh Aris dan juga Shah. Skali pandang kem ni mcm kat hutan di sempadan Myanmar sbb dilengkapi banyak peralatan latihan yang ‘authentics’ selain terletak dipesisir Sungai Klang. Walaupun belum siap sepenuhnya, kelasnya diadakan setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat ini dah mula ‘diserbu’ pelajar yang berminat untuk belajar. Terima kasih bebanyak kepada geng boran, tokoh korporat dan orang perseorangan yang sudi memberikan sokongan moral dan kewangan. Pelan seterusnya, kem Muay Boran Kawanboxx bakal buka cawangan terbarunya di kawasan Pelabuhan Klang (Westport) hujung tahun ini pula atau erti kata lain ahli kami semakin ramai(Hehehe)!Gambar-gambar dibawah menunjukkan keakraban sesama ahli berjuang membentuk komuniti  muay boran kawanboxx itu sendiri..Syabas diucapkan kepada anda semua..


Antra geng kawanbox muay boran daerah Klang


yang duk mencangkung tu da x larat nak berdiri akibat durian...



Tengahari Rembang ...

Aris the Panjatman...



mamat ni pantang jumpa punching bag..nak melutut je keje...

bakal pelapis 'lagenda' muay boran di malaysia


Benarlah kata pendeta politik Ernesto Zedillo, "kita tak perlu politik dan propaganda kosong untuk membina sebuah empayar. Biarlah dengan sokongan datang hanya sekecil zarah sekalipun, andainya ia dapat dipadu dan disatukan dengan cara terpuji, semua perkara mustahil tidak sukar untuk direalisasikan"...





16 comments:

Anonymous said...

syabas...

adik tony jaa said...

mcm mana nak kontak..

Nazmy said...

wat masa ni tak dibuka kepada semua lagi sbb kelengkapan blom siap sepenuhnya. penajaan pun baru dapat beberapa hari lepas. kalau nak join awal Julai dah boleh...bulan pose pun tetap ada trning...

Anonymous said...

ernesto zedillo tu belajar boran gak ke?

nazmy said...

tu la pasal. menarik gak soalan tuh...sapa yg tulis...???

kalu belum arwah leh ajak skali...hahaha

Anonymous said...

Wah.... bagusnye... Teruskan usaha & kekalkan perpaduan..

Anonymous said...

1 BORAN.....hehehe

Anonymous said...

syukur cita2 kalian dah berjaya. saya doa semoga boran semakin maju dan semakin dikenali. amin...

apis said...

saya minat nak join. tinggal kt pendamaran. harap dapat bagi adres kt dalam blog ni.

Anonymous said...

syabas boran klang

Anonymous said...

tahniah muay boran klang

Mr.Boran66 said...

terima kasih kepada yg komen..lau sesiapa nak join boleh email kepada saya masakazu_heiki@yahoo.com atau nuar_16@yahoo.com atau muayboran66@gmail.com..terima kasih

azhar said...

tahniah kat semua...

Tahir said...

salam boran..
nak tanya..temmpat training yg paling dkt dgn putrajaya d mana?..

Anonymous said...

sy berminat nak join..

sy dah bnyk kali call no yg ada kat blog ni x p x de org angkat..

ade x nombor yg still blh sy call..

Anonymous said...

Ladies leh msuk blaja x?