EVERLAST 100TH YEAR CELEBRATION- 23 Januari 2010 di Queens Bay Mall





Pada 23 Januari 2010 Team Boran kita..telah di jemput lagi untuk menyertai Roadshow Everlast..kali ni kat Quenss Bay Mall, Pulau pinang....jumpa anak mami plak....kali ni turut menyertai team boran kita adalah team dr Boxxwarrior Kulim ...diorg memang best..tak lupa geng2 langkasuka pun turn..diorg pun best jugak..



Sebelum persembahan..amik masa panas badan kat belakang pentas..


Bersama Mr Pendant..(tokey pendant)



Bersama team dari Boxx warrior Kulim




Enjoy Video persembahan dari Team boran kawan boxx

SRI CHAIYA (MUAY CHAIYA)





Kelas ni memang tak de bumbung, walau tak berbumbung tapi  dapat jugak la rase belajar trick-trick yang best. Tenaga pengajar ni nama dia Khayrul, kami panggil Khayrul Chaiya. Kelas ni kalau tak ujan malam Sabtu, Titiwangsa, belakang tempat orang main kereta kontrol alaa....yang berhampiran dengan Restoren Nelayan tu....kalau tak ujan memang konfirm ade....nak tau lagi lanjut....kol je die..nombor kat logo sebelah nie hah!!!!




Antara teknik - teknik asas muay chaiya : oleh Khayrul Chaiya




    Latihan Memanaskan Badan
        


    Ada jugak die ni!!...(along)



 

 

       Ni geng abang-abang guard nie...berlatih bersungguh!!





 Anuar dan Jermain

   

Ni bukan lakonan ok!! Ni real!!



MERCHINDISE..NAK MUAY THE THAI WARRIOR

Baju yang terhangat di pasaran,jual kat langkawi perghh!!!! sold out...................nak tahu lebih lanjut tentang baju nie KLIK TANG SINI..



EVERLAST 100TH YEAR CELEBRATION- SUNWAY (EVERLAST)


Pada 9 januari 2010,kami telah di jemput untuk membuat persembahan di Sunway Pyramid,Petaling jaya sempena meraikan tahun ke-100 Everlast.
Add Image
Anda juga boleh melayari disini.





Along,ABg Nizam dan John yeti ...
Thanks Uncle Azizan..gambar sangat cantek..



Buah Penyepak dr En. Jemain..


Thanks Uncle Azizan,Gambar Sangat Cantik..


Terima Kasih Pada Penonton-Penonton kerana memberi respon yang baik pada team Kawan Boxx Muay Boran

Terima kasih Pada Pihak Everlast kerana memberi ruang untuk kami untuk membuat persembahan.

YIHAAA!!!!



Terbuka Kedah

KEJOHANAN TERBUKA KEDAH PADA 04-05 DECEMBER 2009

Pada 05 desember kami di jemput untuk  "memboran" di kejohanan terbuka kedah,buat pertama kalinya kami membuat persembahan di 'Ring" yang sebenar dan di saksikan sendiri oleh nak muay-nak muay dari kedah dan orang-orang kuat belakang tabir penganjuran kejohanan tomoi di negeri kedah.Alhamdulillah,persembahan berjalan dengan baik.Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini KLIK di sini



Pertunjukan Muay thai di Mesyuarat Bahgian Umno serdang di INFRA,bangi.

Pada 19.07.2009,Kami di jemput untuk membuat persembahan di dalam Mesyuarat bahagian UMNO serdang.Alhamdulillah,persembahan kami pada hari tersebut menjadi dan sempurna (alhamdulillah).Persembahan ini juga di saksikan oleh Timbalan menteri belia dan sukan,Y.B Dato Razali bin Ibrahim.



TOMOI ATAU MUAY BORAN?


Bila kita sebut tomoi or muay thai pasti anda teringat lakonan tony jaa dalam filem ong bak dan tom yam gong,kenape ya? sampai sekarang taw dari mane munculnya fakta seperti tu.sebenarnya seni bela diri yg digunakan Tony Jaa dlm filem Ongbak dan tom yam goong adalah seni muay boran.Selepas kemajuan teknologi dicapai dalam peperangan, Muay Boran yang dahulunya digunakan oleh pahlawan Thai dalam peperangan tidak lagi digunakan dalam peperangan.Muay Boran telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu "Rewkwa Thasao", "Chalart Lobburee", "Matnack Khorat", dan "Thadi Chaiya".Tony Jaa telah belajar satu bahagian Muay Boran iaitu "Muay Matnack Khorat". Pada hari ini,adalah amat susah untuk mencari orang yang mengajarkan Muay Boran ini walaupun di Negara Thailand sendiri kerana bilangan pelatihnya yang amat sedikit serta disembunyikan dan tidak ditunjukkan oleh pelatih-pelatihnya.


KRABI KRABONG

Krabi krabong adalah senjata berasaskan seni bela diri dari Thailand. Namanya merujuk pada sistem senjata utama, iaitu pedang (Krabi) dan kayu (krabong). Hal ini berkaitan eratdengan Asia Tenggara lainnya seperti gaya bertarung Indon-Melayu iaitu silat, Burma iaitu banshay dan komponen bersenjata Kembojakbachkun boraan dan bokator. Bersenjata Krabi krabong memanfaatkan tendangan, tekanan mata, kunci, memegang, dan membaling. Kor pengawal kerajaan daripada Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX) dikatakan ahli yang sangat terlatih Krabi krabong.


MUAY BORAN



Muay Boran (Bahasa Thai: มวยโบราณ, lit. "Purba tinju") adalah istilah umum untuk seni bela diri bersenjata Thailand sebelum pengenalan peralatan moden dan Peraturan. Ini adalah leluhur Muay Thai moden. Muay Perkataan yang bererti tinju berasal daripada istilah Sanskrit mavya, sementara Boran atau boraan bererti kuno di Thailand. Seni secara signifikan berbeza daripada keturunan moden. Sedangkan Muay Thai sering disebut sebagai "ilmu daripada lapan cawangan", Muay Boran dikatakan menggunakan awut Nawa yang bererti sembilan senjata dan merujuk pada tangan, kaki, siku, lutut dan kepala .





NAI KHANOM TOM



Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom Tom semasa peperangan Burma-Siam. Nai Khanom Tom ialah seorang petani yang berasal dari daerah Sing Buri, tengah Thailand.

Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000 bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar diraja Ayutthaya.

Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774, Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam.

Raja mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa Siam dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran. Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih dahulu.

Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton perlawanan itu mendakwa tarian itu mempunyai sihir dan mahu pertarungan diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan menewaskan mereka dengan teknik yang sama.

Tanpa naluri nelas kasihan, Tom menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil, tetapi sangat berbahaya.

Sejarah kehebatan Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan legenda Thai itu kini dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan.







4 pembahagian boran






Muay Thasao (North Thailand) - Penekanan kepada kelajuan, terutama sepakan cepat. Variasi bagi Muay Boran telah dialih suara “Ling Lom” atau monyet berangin.

Muay Tha Sao berasal daripada bandar (negeri Uttaradit hari ini), Utara Thailand. Muay Thao terkenal pada zaman pemerintahan Raja Thonburi. Muay Tha Sao bermaksud "Tendangan cepat" Muay. Muay Tha Sao menggunakan teknik tendangan yang pantas. Jadi, setiap serangan sangat dan berkesan.

Pada Ketika ini, Muay Tha Sao tidak popular lagi dan hanya sedikit yang dipilih untuk mempelajari . Muay Tha Sao juga dilarang untuk orang asing.


Praya Pichai Darb Huk merupakan pahlawan yang menggunakan Muay Tha Sao,beliau telah banyak menewaskan musuh-musuh di dalam perang. Beliau dilahirkan di bandar Pichai (Di provinsi Uttaradit yang sama hari ini, di bandar Tha Sao). Beliau berkebolehan sejak dari umur 14 tahun dengan bergurukan Muay Master Theng. Ketika 18 tahun, ia pergi ke Tha Sao dan belajar Muay Tha Sao daripada Master Maek. Pada waktu itu juga beliau berguru dengan Master Nin dan menguasai ilmu-ilmu dari guru beliau. Selepas itu, ia pergi ke bandar untuk latihan SawanLork dua tangan pedang.

Pada satu keteika,Beliau telah bertarung dengn dua master yang terhebat dari Bandar tark,iaitu master Muk dan Master Hav di hadapan Raja Tarksin.Beliau telah menang dalam pertarungan tersebut. Di atas kemenangan tersebut Raja Tarksin telah memberinya wang dan mempelawanya untuk menjadi askar ..

Setelah Ayutthaya ditangkap. Beliau Adalah perajurit penting yang membantu Raja Tarksin mendapatkan Ayutthaya kembali dari Burma. Dia telah dilantik menjadi kesatria dan di arahkan untuk menjaga bandar Pichai . Dia adalah ksatria penting dalam
melindungi Krug Thonburi (City selepas Ayudhaya.) Beliau berperang sehingga pedang di tangan kanannya patah (Di Thailand, kita disebut Darb Huk.) Tapi dia meneruskan perlawanan sehingga lawannya tewas.




Muay Korat (Thailand Timur) - Penekanan ke atas kekuatan. Satu teknik unik untuk gaya ini adalah “kerbau lontaran penebuk” dinamakan kerana ia dikatakan untuk menumbangkan seekor kerbau dalam satu pukulan.
Muay Korat berasal dari Nakorn Rachasima di wilayah di Timur Utara Thailand. Kita tahu Muay Korat dalam nama " Good Pu nch " Muay.

Muay Korat sangat popular di zaman pemer intahan Raja Rama3. Muay Korat lebih suka menggunakan abu-abu untuk menyapu pada lengan . Teknik tendangan menyerang dengan menggunakan "Wiang Kwai" a tau "Buffalo Swing" pukulan kuat untuk menyerang pada sisi musuh. ( Seperti kita ketahui,Teknik pukulan ini mampu menumb angkan se ekor kerbau) Muay Korat bergerak dengan menggunakan gerak kaki "Suua Yang" atau "Harimau berjalan". Teknik ini bergerak da n menngunci pergrekan musuh.




Muay Korat



Muay Lopburi (Thailand Tengah) - Penekanan pada pergerakan yang licik, teknikal. Variasi ini menyokong tenaga lurus dan memancing.

Muay Chaiya (Selatan Thailand) - Penekanan pada postur yang baik dan pertahanan. Menyokong gaya ini menyiku dan serangan lutut