GOTONG ROYONG BUKA CAWANGAN BARU

.
Bertuah betul bebudak kelab boran ni. Kalau raya tahun lepas diorang berhijrah dari berlatih kat tepi tasik- ke gym serba selesa kat Setiawangsa, raya tahun ni pulak kelab kita bakal dapat lagi sebuah gym baru yang serba luas dan strategik. Lokasinya kat Setapak (dekat ngan downtown), ramai kengkawan Kelab Muay Boran KawanBoxx datang bergotong royong membersihkan kawasan dan melukis pelan pembangunan gym ni.

Terima kasih bebanyak kepada pihak JKM (Rukun Tetangga), Apong Pillars (Mr.Daus, Mr.Farid, Ms.Hayati dan Mr.Fazlan), RMA Universe Sdn Bhd (Mr. Zaini), Kelang Chapter Resources (Mr. Aris) dan semua kengkawan yang sudi datang bergotong royong dan berkongsi idea. InsyaAllah gym ni akan tampil dengan format tersendiri dan bakal jadi sebuah lagi cawangan terbaru dan terbesar kelab tak lama lagi. Diharapkan dengan terbinanya gym bukan bermotif keuntungan ini, faedahnya akan dapat dikongsi oleh semua penduduk setempat seperti golongan muda untuk mempelajari seni mempertahankan diri, berfitnes dan jugak bersosial dengan cara yang sihat.

separuh kelengkapan prasarana dan utiliti dah selesai. bakal berubah wajah tak lama lagi

apsal ada ular ker cicak tokek??

makan-makan time...

sedap betul makanan2 tajaan ahli kelab ni. eh...tangan sapa tuh..? kacau pemandangan betul...

merdeka untuk malaysia...merdeka jugak untuk kelab kita!

Kepada kengkawan yang free jumaat depan...jom la datang ke tapak ni untuk kerja memasang kelengkapan gym macam lantai, bumbung tiang untuk punching bag dan macam2 lagi. Bab makan...jangan risau...sila bawak sendiri....hehehe

No comments: