TERIMA KASIH PETRONAS...

.

Walaupun aktiviti berboran kelab kita ni cuma sekadar hobi masa lapang, rupa-rupanya ramai orang disebelah utara sana yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan kelab kita melalui saluran Facebook dan juga blog. Dan yang terbaru, kelab terima undangan buat show kat depan ribuan kakitangan syarikat minyak terbesar negara- Petronas, di Cinta Sayang Golf Resort Sungai Petani bersempena Hari Interaksi Petronas Fertilizer Kedah.

Bangga jugak sebab kelab sekecil kami diberi kepercayaan oleh sebuah syarikat GLC bertaraf dunia untuk buat show muay boran dan muay thai dihadapan pengunjung yang hadir.  Memang ramai yang datang sebab cuaca yang baik dan juga musim cuti sekolah. Syabas kepada Nuar dan Jemain yang berjaya membuat persembahan memukau penonton.


Orang kuat Persatuan Tomoi Kuala Muda (En Steven) pun datang bagi support...
Mencari pengunjung yang sporting sebelum demo sepak pao bermula...

Abg Ib dan Abg Mi kita ni memang berbakat jadi deejay rancangan Senandung Senja...hehe

Acara pentas bermula...


Demo oleh muay boranese junior...power!!

Bergambar bersama ahli Persatuan Tomoi Kuala Muda dan gym N34 Lunas

Terima kasih Petronas atas kepercayaan yang diberi. Bukan senang nak dapat support dari GLC bertaraf dunia ni...
.

Selepas berjaya mengadakan kerjasama dengan kelab-kelab sekitar KL, kelab kita skarang ke sebelah utara Malaysia plak. Kali ni bersama dengan kelab yang bernaung di bawah Persatuan Tomoi Kuala Muda (Langkasuka Muay Thai) dan dan gym N34 Lunas. Terima kasih bebanyak kepada En Sanusi dan En Steven yang banyak membantu. Kepada semua kengkawan, peminat dan penyokong kelab...kita dah takda peluang lagi untuk menoleh kebelakang. So come join us and fly together...!!

2 comments:

Anonymous said...

perghhh....dasat la korang skang...bila la aku bole join korang sbb aku dari sarawak

adie said...

tahniah muay boran.