MENJADI LAGI...2-0

.
Baru-baru ini Kelab Muay Boran KawanBoxx menghantar wakil ke Kejohanan Tomoi Terbuka Kedah 2011.  Nak muay pertama kelab, Mohammad Fazlan  telah menjadi Juara Kejohanan Terbuka Kedah 2011 dalam kategori 55 - 57 kilo. Pada peringkat Saringan hujung bulan Mei  2011 lalu keputusan menang TKO dan Peringkat Akhir pada 27 Jun 2011 beliau menang KO pusingan ke - 2.


Fazlan dan Syafizan Anak Manja SP



Semasa berhadapan dengan pihak lawan Syafizan Anak Manja SP, kecekalan beliau mengatasi pihak lawan. kemenangan berpihak kepadanya. Inilah pertama kali dalam sejarah kejurulatihan kelab, pertarungan hebat di antara dua kelab berlangsung begitu sengit dan mendebarkan..

Pertarungan mendebarkan dihadapan ribuan penonton yang hadir


Alhamdulillah kejayaan berada di pihak kami. Semoga kejayaan ini menjadi penanda aras (benchmark) rujukan kepada bakal nak muay kelab yang naik ring dimasa akan datang. Jalinan diplomatik di antara kelab -kelab di sebelah utara semenanjung secara tak langsung membantu Kelab Muayboran KawanBoxx untuk lebih maju di masa akan datang.

Tumbangnya sang lawan (KO) pada pusingan kedua. Tahniah kepada tuan jurugambar...


Pada peringkat awalnya Kelab Muay Boran KawanBoxx sebuah kelab kecil, dan tak mahir untuk berpropaganda namun semangat berkobar-kobar ahli -ahlinya telah membuahkan hasil kejayaan.

Semangat nak muay. Syabas kepada pihak penganjur Kelab Tomoi Langkasuka.


Syabas dan jutaan terima kasih kepada semua jurulatih dan ahli kelab (cawangan KL dan Klang) yang tak putus memberi sokongan dan kerjasama. Di Muay Boran KawanBoxx, perkongsian ilmu "sharing skill" maklumat berkenaan Muay Thai dan Muay Boran menjadi amalan di antara ahli-ahli. Tag line ini menjadi pemangkin untuk kami melakarkan kejayaan di masa mendatang.

Catatan: Kejohanan Tomoi Super 4 (26 Jun 2011) @ Sungai Petani Kedah.

No comments: