SELAMAT BERJUANG...!

Kelab Muay Boran KawanBoxx mengucapkan selamat maju jaya kepada nak muay batch pertama tajaan sepenuhnya pihak kelab- Mohammad Fazlan yang bakal menyertai Kejohanan Tomoi Terbuka Kedah. Setelah menjalani latihan bersama beberapa orang jurulatih bertauliah termasuklah di gym Kirsty Fight Club dan Boxx Warrior gym, beliau kini dah bersedia untuk menyahut cabaran mewakili kelab kita. Terima kasih diucapkan kepada pengurus kelab...En Nuar dan jugak En Sanusi (Langkasuka Muaythai Gym), En. Daus (Apong Pillars Trading) dan En Fathi (Petronas Carigali) atas sokongan dan kerjasama yang diberi.

Ini adalah kali pertama pihak kelab secara aktif melatih nak muay menyertai kejohanan tomoi selain muay boran. Matlamat kami cuma satu...kalah menang bukan isu...yang penting pengalaman sebagai asas untuk bergelar petinju dan jurulatih profesional dimasa akan datang. Pihak kelab kini sedang merangka rancangan terbesar akan dilaksanakan untuk tahun ini. Kepada batch kedua yang bakal mencuba nasib bulan Julai nanti...teruskan berlatih...!


Fazlan a.k.a Lan Apong

2nd batch...antara yang bakal naik ring untuk kejohanan seterusnya...

Kanak-kanak antara kumpulan pelatih paling ramai di gym Setiawangsa

Catatan latihan pada 26 Mei 2011.

No comments: