TERIMA PENAJAAN...

.
Selain dapat banyak undangan show boran, Kelab Muay Boran KawanBoxx terus diintai oleh  pihak penaja yang berminat untuk menaja aktiviti kami. Terbaru syarikat kawalan makhluk perosak Bug Ezz Pest Resources sudi memberi penajaan berbentuk bunting dan pelbagai lagi peralatan untuk aktiviti serta promosi kelab. Jadi bersempena dengan program pembangunan jenama kelab yang kini dah pun bermula mulai 1 Januari 2011, semua bunting, t shirt, cenderamata dan pelbagai lagi akan membawa logo, warna dan tema kelab yang seragam di semua lokasi jelajah kami...!




Terima kasih daun keladi terhadap sokongan warga korporat yang sudi menyatakan minat terhadap perjuangan kami. Harap kerjasama akan berterusan dalam banyak lagi program yang bakal dilaksanakan tahun ini...cheers...!!

No comments: