Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat merong mahawangsa? apa ni?dulu masa kat sekolah menengah cikgu sejarah ada la cerita tentang hikayat merong mahawangsa ni tapi saya kata ala bukan penting pun hikayat ni jadi saya abaikan.Jadi lupakan 
cerita lama mari saya bawa anda menghayati secara ringkas sejarah merong mahawangsa.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam,(anda boleh semak buku sejarah tingkatan 4 atau tingkatan5) setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah.  

5 comments:

Anonymous said...

wah best la....semoga ada lagi rahsia sejarah kemelayuan islam..dpt di cungkil lg

Nazmy said...

tahniah akhir...rajin gak kau buat analisis yer...hehehe

Anonymous said...

Wahhh dasyatnye....

Mr.Boran66 said...

terima utk sebarang komen..saya akan cuba buat terbaik utk anda semua..

Unknown said...

memang bagus..dan agama islam dibawa ketanah melayu oleh pelbagai bangsa terutama bangsa arab..so islam bkn la melayu punye..kite ni sbgi penganut jer...